Saturday, December 20, 2014

Resepi Kuih Denderam

Baru ku tahu namanya kuih denderam. 
Buka FB, ku lihat kuih kegemaran ku semenjak duduk di Kemaman
Sebelum ku tahu tahu namanya ku panggil kuih ni 
"Kuih Hitam Bulat". Masa mengandung anak yang ke 3
kuih ini adalah makanan wajib. Selalunya jumpa kuih ni kat pasar malam je.
Masa mengandung tu, setiap hari isnin dan khamis chikk hasben mesti 
pergi pasar malam beli kuih ni. 
InsyaAllah, ada masa chikk yati nak buat kuih ni.
Sumber : FB Resepi Kuih Raya Turun Temurun

Resepi Kuih Denderam
Oleh : Sajian Hati

Bahan-Bahan:
700 gram gula merah
200 gram gula putih
1 kg tepung beras
2 cawan air
1 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya:-
Campurkan gula merah dan gula putih di dalam periuk
Masak gula merah dan gula putih bersama 2 cawan air sehingga gula larut dan mendidih
Pastikan ia mendidih kerana kuih ini memerlukan air gula yang panas ketika membancuhnya

Ayak tepung gandum dan tepung beras.
Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi kedalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu menggunakan penapis.
Jika masih keras dan tidak boleh dikacau, boleh tambahkan sedikit air panas

Kacau sehingga sebati dan sehingga membentuk doh seperti gambar diatas
Setelah itu, simpan doh selama semalaman untuk menyejukkannya

Keesokkanya, uli doh tersebut dengan menggunakan tangan.
Uli hingga rata seperti di dalam gambar

Ambil plastik besar dan sapukan minyak di permukaan plastik tersebut
agar doh tidak melekat
Canaikan doh di atas plastik

Jika tiada acuan tersebut, boleh juga menggunakan objek bulat dan ditekankan.
Seterusnya, tebukkan lubang di tengahnya

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak
Biarkan ia sejuk dan masuk angin agar kuih menjadi lembut
Sedap juga dimakan ketika masih panas