Bismillah
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Tidak ku sangka engko ada racun rupanya!!!
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Hayati Qaseh Gold
[4 Sept 2014]
Tidak ku sangka engko ada racun rupanya!!!
Berkobar-kobar dah nak beli, nak tambah koleksi adenium kononnya tetapi dengan serta merta niat ini terpaksa dibatalkan.
Risau juga bila ada benda-benda beracun ni. Anak-anak chik yati yang aktif tu mana tahu bunga tu bahaya ker tidak. Jadi cik adenium yang comel, chik yati terpaksale cari pokok bunga lain yang lebih selamat untuk hiasan taman mini chik yati. Taman le sangat... banyaknya lagi benda nak kena buat untuk jadikan tanah sekangkang kera belakang rumah jadi "taman mini' yang comel.
Terpaksale buat perlahan-lahan lebih-lebih ada baby ni. (Wahai anakku Muhammad Irfan, jikalau diizinkan pada masa akan datang Muhammad Irfan berpeluang membaca post ni, umur Muhammad Irfan masa ni 7 bulan 21 hari anak ku).
Terpaksale buat perlahan-lahan lebih-lebih ada baby ni. (Wahai anakku Muhammad Irfan, jikalau diizinkan pada masa akan datang Muhammad Irfan berpeluang membaca post ni, umur Muhammad Irfan masa ni 7 bulan 21 hari anak ku).
Sekarang ni tengah fikir mana nak letak 5 pasu bunga adenium yang sedia ada. Nak letak kat mana le cik adenium ni. Lambatnya sel-sel otak ni nak berhubung.
Chik yati ada 1 jenis warna je sebab kelima-lima bunga ni adik beradik huhuhu. Chik hasben semai bunga ni guna biji benih. Bunga ni pun semangat juang dia tinggi. Tawakal jela kalau setiap kali balik Kedah atau balik Sabah. Setiap kali balik kampung paling kurang 10 hari. Maklumle anak perantau kalau balik 1 minggu mana cukup.
Jom berkenalan dengan cik adenium yang cantik tapi beracun ni. Kalau tidak silap adenium ni juga dikenali sebagai kemboja cina. Kalau tengok dalam group Laman Cantik (FB), adenium ni ada pelbagai jenis warna bunganya. Salah satu bunganya seperti dibawah:-
Bunga yang sekali imbas hampir menyerupai bunga kemboja ini banyak di tanam sebagai hiasan halaman dan landskap kerana bunganya yang berwarna terang dan cantik |
Adenium Obesum Tanaman Beracun Yang Cantik
Adenium Obesum atau lebih dikenali sebagai kemboja cina merupakan pokok famili apocynaceae.
Ia sejenis pokok yang berbunga cantik. Berasal dari Afrika Timur dan Selatan Arab. Juga digelar dengan gelaran "desert rose" iaitu rose padang pasir mungkin kerana bunganya seakan ros dan hidup subur di kawasan yang kurang air. Pokok bunga ini mempunyai tiga warna bunga berlainan.
Namun boleh dikacukkan warnanya dan boleh dijadikan bongsai yang menarik.
Adenium boleh dibiakkan dengan cara keratan batang dan biji benih.
Untuk penanaman adenium perlukan tanah yang senang air mengalir jadi campurkan tanah dengan pasir sungai ketika proses penanaman.
Ia memerlukan cahaya yang banyak dan sedikit terlindung untuk hidup subur dan berbunga cantik.
Hanya siram sekali sehari ketika cuaca panas.
Manakala pembajaan pula, baja najis ayam paling sesuai untuk adenium tetapi boleh juga gunakan baja biji untuk kesuburan pokok ini
Tips Adenium Obesum
Jangan biarkan air siraman bertakung, boleh menyebabkan akarnya reput, busuk dan pokok akan mati secara tiba-tiba. Boleh kacuk batangnya dengan pokok berbunga warna lain untuk hasilkan bunga yang pelbagai. Elakkan getah pokok adenium yang beracun jika termakan.
Musuh utama adenium ialah ulat beluncas
Kredit [Sini]
Berminat untuk dapatkan Qaseh Gold ?
Baik untuk kesihatan ANDA dan keluarga ANDA
InsyaAllah
::MUDAH::MURAH::MUJARAB::
Jom berikhtiar dengan Qaseh Gold
Ingat Qaseh Gold,
Ingat #Hayati Qaseh Gold