Friday, December 19, 2014

Bismillah
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Hayati Qaseh Gold
[21 Ogos 2014]

Alhamdulilah
21.08.2014... selamat datang "Janggut Tok Adam" atau "Janggut Adam" atau "Pokok Janggut" atau lebih ekstrem ada juga panggil "Janggut Hantu". Apa pun namanya selamat datang ke laman chik yati. Lama dah jatuh cinta dengan spesis ni, sebab bunga ni unik sikit, tidak perlu menggunakan tanah, gantung je guna dawai ker, kayu ker, apa-apa jela yang difikirkan sesuai untuk keselesaan encik janggut tok adam ni.

Harap-haraplah semangat juang "En. Janggut" ni tinggi (tengah fikir "macammana le keadaannya bila i balik kampung"). Sebab tu, chik yati suka tanam bunga kertas, semangat juang cik bunga kertas ni amat tinggi walaupun i balik kampung 2 minggu, cik bunga kertas setia menunggu kepulangan ku.

Sebelum ni, banyak dah bunga yang tidak dapat diselamatkan sebab tu, tiada mood nak tambah koleksi bunga tetapi, ya ada tetapinya... semenjak chik yati masuk group fb "Laman Cantik" setiap hari mood bunga bunga cinta.

Sebab tu, dengan semangat yang berkobar-kobar, i ajak chik hasben pergi nursery cari "Janggut Tok Adam" ni. Alhamdulilah akhirnya, Janggut Tok Adam ni menjadi penghuni laman rumah chik yati. Terima kasih suamiku :). Puas hati walaupun beli 1 pokok ni je, janji dapat beli huhuhu macam budak kecil. Chik yati beli "Janggut Tok Adam" ni RM15.

Penjagaan Janggut Tok Adam
Tillandsia Usneoides atau Janggut Tok Adam ini unik kerana ia tidak memerlukan tanah untuk hidup dan tumbuh panjang berjurai ke bawah serta sangat sesuai untuk dijadikan tanaman gantung. Ia sejenis epifit yang menyerap nutrien terutama kalsium dan air daripada udara dan air hujan.

Ada sekitar 540 spesis Tillandsia dalam keluarga bromeliad (Bromeliaceae). Boleh dijumpai di dalam hutan, gunung dan gurun Tengah dan Amerika Selatan, Mexico dan Selatan Amerika Syarikat dan Amerika Utara. 


Cara penjagaannya juga mudah seperti:-

Semburkan dengan semburan halus dan tidak perlu disiram. Ia perlu disemburi dua kali sehari jika cuaca terlalu panas. Suasana yang lebih redup dan sedikit terlindung adalah lokasi yang terbaik untuk tumbuhan ini kerana ia gemar persekitaran yang lembap dan kawasan separa redup. Baja jenis cecair sesuai digunakan untuk Tillandsia Usneoides dan dicampurkan bersama air siraman. Tillandsia usneoides sesuai dipamerkan dengan hanya melekatkan pada ranting kayu, kayu hanyut, pergola dan sebagainya kerana sifat fizikal tumbuhan ini berbentuk berjurai

kredit [Sini]


Berminat untuk dapatkan Qaseh Gold ?
Baik Untuk Kesihatan ANDA dan Keluarga ANDA

InsyaAllah
::MUDAH::MURAH::MUJARAB::
Jom berikhtiar dengan Qaseh Gold

Ingat Qaseh Gold,
Ingat #Hayati Qaseh Gold

No comments :

Post a Comment